Prinsip Umum Undang-Undang 99 Perak
Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang
tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat
Melayu tradisional.Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan
berkuatkuasa sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan undang-undang lain,
iaitu bab Federated Malay States (FMS) 197.
Para pengkaji sejarah bersetuju bahawa
Undang-undang 99 Perak bukanlah undang-undang yang digubal dan berasal dari
Perak tetapi dibawa dari luar. Dipercayai bahawa undang-undang tersebut dibawa
oleh Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin
marhumTiurah Abang (1577 - 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menterinya.
Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus
dengan membuat perubahan bersesuaian dengan masyarakat Perak.
Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format
undang-undang yang tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan
Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman,
unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak.
Undang-undang Perak dikenali sebagai
Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang
dalam pelbagai aspek.Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah
mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam
masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang 99 Perak dapat
dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan tamadun Melayu di
Perak.[1]
Prinsip-prinsip umum
(a) Penzinaan
(i) Fasal 6
Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri
orang.
Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang
mengambil isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak
dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula,
hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya
membayar denda.
(ii) Fasal
50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina.
Fasal 50 adalah tentang penzinaan jika kedua-dua
penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar, denda
sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh
dibincangkan atau dimaafkan.
(b) Perkahwinan
(i) Fasal 65
Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa
pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkanbersama
selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan
masing-masing.
(c) Pembunuhan
(i) Fasal 23
Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang
Islam Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh
kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh
dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan
setahil sepaha emas.
(ii) Fasal 4
Hukum membunuh - orang kafir membunuh orang
Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh
seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana
jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam.
Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam
bentuk emas) kepada keluarga simati.[2]
(d) Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
(i) Fasal 24
Protokol istana
Di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi
beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan
kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak
boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau Pembesar,
tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu
duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau Pembesar.
(ii) Fasal
77
Peraturan raja
Fasal 77 menetapkan jika seseorang raja atau
pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta pemerintahantersebut akan
diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' Jika tiada' maka anak raja yang umurnya paling kecil akan
mewarisi takhta raja tersebut. Berdasarkan undang-undang
tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahan ialah
anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisurinya daripada golongan diraja.
Peperangan
(i) Fasal 74
Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri
ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan
belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan
daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan
muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak
mengikut kata-kata orang.
Pembahagian harta
(i) Fasal 33
Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian
harta simati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pingganmangkuk, dan
peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki.
Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat
bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahagikan sama rata kepada semua anak secara
adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada
anak lain.
Hal ehwal di kampung
(i) Fasal 2l
Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung
mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahan dari
segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. jika
orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah pesalah itu boleh
diambil tindakan yang sesuai.
Orang dagang
(i) Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk
ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan atau
dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali pada
satu malam, mereka dianggap bersalah.
Hal ehwal agarma
(i) Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau
khatib ialah mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik,
menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah demi
kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang awal masuk ke masjid
pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
Hakim/ Kadi
(i) Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat menjadi Kadi di dalam
negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi
Muhammad s.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu,
mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia.
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja
dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar.Raja
mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu
juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik dan
buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
(i) Fasal 14
Ternakan Fasal 14 mengatakan jika binatang itu
dicederakan oleh orang lain hukumannya ialah orang yang mencederakan
binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan punya
binatang tersebut. Jika seseorang itu memelihara binatang yang haram dan
binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan
dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang
dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang
tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan
tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas.
|ika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal
dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak
sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal
15
Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman
dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi,
walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang
memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan denda
sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut
masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga
tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.[3]